homePROFILECREDITStumblrtwitterfollow
Kepenatan

Aku baru sahaja mula bertatih di dunia fana' ini. Begitu juga kau. Hakikatnya kita semua baru mula bertatih, baru mula untuk mengembangkan sayap. Tapi satu hari kau, aku kita semua akan rasa sedikit 'penat' dan 'letih'. Sayap yang baru nak dikembangkan koyak sedikit. 

Kenapa? Kau tahu kenapa? 

Kau kecewa kerana manusia kecewakan kau.

Kau kecewa kerana kau bergantung pada sesuatu yang neither boleh manfaatkan kau nor memudaharatkan kau.

Kau kecewa kerana kau berharap pada sesuatu yang tidak tau apa yang kau harapkan.

Maka, ketahuilah pada saat itu, kau akan mula mencari tempat pergantungan yang lain. Tetapi hal yang sama berulang kali berlaku sampai kau jadi betul betul penat, betul-betul letih, betul-betul rasa as if 'i cant do this anymore. 

Dan di saat itulah, pergilah, carilah, bergantunglah, pada yang Baqa' (kekal), yang sentiasa mengetahui setiap apa yang ada di dalam hati, yang berkuasa menetapkan sesuatu dengan kuasanya, yang tidak pernah memungkiri Janji, sebaik-baik pengurus dalam urusan hamba-hambanya.

Kalau kau mampu berlari, maka berlarilah kepadaNya. Kalau tidak mampu berjalanlah, kalau tak jugak, merangkaklah. Matlamat kau dan aku sama-- KepadaNya

Allah kata, 

"...and if he comes one span nearer to Me, I go one cubit nearer to him; and if he comes one cubit nearer to Me, I go a distance of two outstretched arms nearer to him; and if he comes to Me walking, I go to him running" - Bukhari

Bila rasa macam nak mengalah, tak mengapa kalau kau perlahankan pace, tapi jangan berhenti. Jangan patah balik, keep on walking.

"So flee to Allah" 51:50

Bila kau sudah lakukan yang terbaik yang kau rasa kau mampu, maka bertawakkallah pada Dia. 

"Our Lord, upon You we have relied, and to You we have returned, and to You is the destinatiom"

Ibnu Ataillah kata,

"Relieve yourself of worry after you have planned. Do not concern yourself with what Allah has undertaken on your behalf"

Teruskan pengharapan kau pada Dia. Berharaplah agar Dia redha dan kasih pada kau. Sebab bila Dia redha dan kasih pada kau, pengakhirannya akan jadi manis, InshaaAllah. Dan pengakhiran yang paling manis apabila kau dapat memasuki syurganya, dan dapat bertemu dengan Tuhan yang memiliki dan menciptakan syurga.

Ketahuilah itulah nkmat yang paling besar. Allahu..

Moga terus thabat.

fi Hifzillah

salam alaykum











POSTED BY nurathirah ON Tuesday 7 July 2015 @ 06:56
back | all rights reserved desiree 2012 | forth