homePROFILECREDITStumblrtwitterfollow
life has been good alhamdulillah

Assalamualaikum dan Ohai readerrrrr (s) !!! Pa kabaq ampa semua? Sihat belaka? kihkih aaa okay where do i start eh hmmm Alhamdulillah dapat peluang untuk participate in beberapa pertandingan...pertandingan nilam and forum. Rojak habis makcik ni hewhew 

Kita start off dengan forum dulu? Ayuhhhh

Okay at first bila cikgu kata okay kita nak buat saringan forum harini and i was like whuut tak sempat nak prepare apa semua ahli-ahli lain pun ambo tak briefing lagi alamaak macam mana ni tapi last last terjun ja dengan prinsip hidup yang menjadi pegangan, iaitu 'bedal jalah' . eccece acah-acah cool gitchew.

Pastu cikgu habaq terpilih Alhamdulillah dengan sorang budak form 5 , daaan dua orang budak form 4. Training training hujung minggu kelas arab dah tiga minggu tak datang sobs asif ya ustazah untuk Peringkat Daerah punya pertandingan forum. Cikgu kata kalau menang nanti boleh naik bas sekali dengan budak bahas (masa tu bahas sekolah pun menang alhamdulillah). Dalam hati dah yeeeey naik bas ramai ramai dengan kengkawan semua macam masa pi UPM dulu.

Pastu tiba hari pertandingan....nervous and skrip dapat dua hari sebelum pertandingan. Pusingan first alhamdulillah lepas, compared to last year tak lepas.....sebab ada kesilapan penganjur yang saya kira tidak perlulah diperkatakan di sini, ceh. Okay then untuk peringkat akhir nervous dia memang fuh lahai ambo pun tk tahu kenapa senang noh nervous. try dah nak rilek rilek semua tapi pulse tu kemain laju. Kadang bila nak jawab soalan kat depan tu pun ketaq lahai lutut. Haa nampak tak anda punya konfiden ini ceit

Disebabkan rasa nervous yang amat yang berhormat, saya lupa skrip saya hahahaaha aduhai sampai tajuk soalan spontan pun lupa. Lepas dah selesai tu dalam hati cuba pujuk hati sedapkan hati 'takpelah kau dah buat yang terbaik (yeke?) kalau ada rezeki adalah kalau takda nak buat cana' . Kiterang, keempat-empat ahli forum ni memang dah redha tahap apa dah takda rezeki lah nak naik bas dengan budak bahas semua. Then....

Masa dia umumkan pemenang (ada lima buah sekolah) untuk tempat keempat kiterang dah siap siap ready nak ambik hadiah

'Pememnang untuk tempat keempat ialah SMK ******'

terkejut tapi masih boleh control reaksi muka sebab kiterang expect nombor empat

'Untuk tempat ketiga ialah SMK *****'

Lagi terkejut tapi still acah acah rilek lagi. Dah siap-siap taruk bag bebetulkan baju untuk ambik tempat kedua punya hadiah THEN....

'Tempat kedua disandang oleh SMK *****'

Muka dah ternganga habis hah terkejut semua ada sebab langsung tak expect tempat pertama like it's so so sooooo surreal seriously.

Tapi Alhamdulillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

******

Bersiap-siap untuk peringkat negeri pulaak dekat mana? Pontian. Memula cadang cikgu kata duduk homestay tapi last-last kiterang stay dekat hotel bajet. Tak kisah puun bajet bajet pun asal bersih semua okay, ye dak?

Pasukan bahas sampai-sampai je kena lawan, Alhamdulillah usul diterima. Malam tu pasukan forum lepas dah pi makan Ayam Penyet Haji Ali (kalau tak silap) berlatih sat bincang possibilities soalan spontan lepaih tu semua masuk bilik solat.

Pukul 12 kut macam tu ana tak ingat kira larut malam jugaklah dorang cadang pi 7E. Kalau jalan kaki sensorang jenuhlah jugak kut nak menapak tapi ni pi reramai so takdalah seriau sangat (kut) So dengan semangat ukhuwah dan kebersamaan yang tinggi kiterang pun menapak lah reramai dalam gelap pi 7E. Tujuan asal nak pi isi air dalam kotak maggi cup ja tapi hehehe melior jugak tangan pi beli mende alah lain.

Niat di hati memula taknak ikut sebab ada benda lain yang mustahak kan tapi bila fikir balik dah form 5 kut tahun last mana kat sekolah lepas ni dah takda dah nak buat mende camni kan huhuhuhu rinduuuuuu macam masa pi UPM dulu okay dah stop bernostalgik.

The next daaay, kiterang dapat mesej dari grup bahas, masa tengah tunggu turn nak berforum en yang usul bahas tu ditolak so mereka kalah. Kiranya harapan tu pada kiterang sebab kalau menang dapat bermalam lagi satu malam dekat hotel en (yihaaaaa) 

Tapi tapi tapi.... dah selesai forum keputusan diumumkan, takdak rezeki nak mara ke pusingan akhir, sedih tak sedih jugaklah tapi takpalah redha kita dah buat yang terbaik, ada hikmahnya kalau tak dapat ye dak? Semalam alhamdulillah masa forumnya takda rasa nervous macam masa kat daerah, Alhamdulillah Allah beri kelancaran untuk berkata-kata , Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Apa poin yang anda cuba sampaikan ni cik athirah oi?

Di sebalik kesulitan, kesusahan, kesibukan, Alhamdulillah Allah beri secubit rasa bahagia

Well i believe in this :

"Everyone deserves the taste of happiness even if it's the briefest of moments"

Bila dah besar nanti we'll reflect back masa kita muda, what we have gone through and ultimately kita akan faham dan nampak kenapa Allah aturkan begini dan begitu.

Terima kasih semua atas kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan inshaaAllah. Terima kasih semua atas usaha dan pengorbanan masing masing. Syukran katheer , jazakumullah khairan inshaaAllah

Assalamualaikum

Fi hifzillah

Second day kat pontian, otw nak bertarung

















POSTED BY nurathirah ON Thursday 26 March 2015 @ 03:14
back | all rights reserved desiree 2012 | forth