homePROFILECREDITStumblrtwitterfollow
hectic form ever

Assalamualaikum dan O-Hai readersssssssssss *pengsan* hahhaha jk bangun balik alah lembiklah anda ini bangkitlah takkan dengan sedikit trial dan tribulasi anda sudah tumbang? Aduhai diri kuatlah bertahanlah bertabahlah.

Kau tahu rasa dia bila kau diamanahkan dengan satu-satu jawatan? Kau seronok? Bagi aku, benda berat. Amanah kan? Tapi bila fikir balik, peluang baik punya untuk tajamkan skil leadership tu (ceh! kunun lah anda ini) daaaaan tanggungjawab tu akan mematangkan kita? Tak gitchew? Gitchewlah. Yelah kita dipertanggungjawabkan dengan something, we go through few experiences and ting! dapat pengalaman pengalaman mematangkan kita. Okay. Faham tak konsep dia cana? Tak? Okay. Reda & Pasrah

Keadaan di rumah macam mana? Huahua kesepian. Baru aku tau macam mana rasa dia jadi anak tunggal. Maaf kalau ada terguris hati mana-mana anak tunggal huhuhu. Tapi bila kakak dengan adik balik wohoo seronok bruh siapa tak. Rasa rindu tu kalau dilayan kerja yang berlambak tu tak gerak kang. I keep myself busy so that otak aku tak melilau pi mengimbau kenangan & nostalgik lama yang seterusnya mampu membuahkan deraian air mata. Hashtag deep.

Ya Allah, aku pohon kekuatan untuk aku lalui hari-hariku, aku pohon agar aku diberikan daya untuk melakukan sehabis baik atas setiap perkara yang dipertanggungjawabkan kepadaku. Amin InshaaAllah

Macam mana agaknya kalau aku ambik medic. Will it be more hectic? That's for sure. Tak sabar nak balik ke 'kampung' kita kat sana. Tapi sebelum balik kena tanam dulu tak boleh balik macam tu je dengan poket kosong. Apa kita nak bawak jumpa dengan Dia? Maluuu.

Sedikit input yang aku dapat masa Majlis Maulidur Rasul kat sekolah haritu,

Nanti dekat padang mahsyar, ada 120 baris manusia, yang panjangnya 40 000 tahun dan lebarnya 20 000 tahun dan dalam ramai ramai 120 baris tu, kau tau berapa baris sahaja ahli syurga? ce teka. 

Tiga baris je sayang.

Tiga baris sahaja muslimin muslimat.

Allahu, ada chance tak tu agak agak nak tergolong dalam tiga baris tu? Soalan tu ditujukan kepada saya. Tepuk dada tanyalah iman. Iman macam mana? Tenat? Perlu vitamin atau supplemen? Perlu. Vitamin apa ni? 

Sayang, aseef ye jika mengusik tangkai hati. Kalau boleh setiap hari tu kita lazimkan diri baca Al-Quran walau sibuk mana pun kita. Tak sempat mana pun bacalah. Satu muka pun cun satu helai cun tiga helai cun. Jangan biar Al-Quran tu berhabuk dekat atas rak ye? Al-Quran inilah nanti yang menjadi hujah. Pesan kat diri saya jugak. sama-sama inshaaAllah

Mohon doa agar dipermudahkan segala urusan, diberikan daya & kekuatan untuk melalui kehidupan seharian, dipermudahkan urusan untuk memahami & mengingati setiap apa yang dipelajari.

Tapi yang peliknya, hectic form ever pun kau masih sempat tulis ini post ye. hihihi lama dah berhajat sebenarnya, malam ini baru berkesempatan.

Okaylahm sehingga ketemu lagi bapak bapak dan ibu-ibu sekalian.

Assalamualaikum

Fi hifzillah InshaaAllah <3


POSTED BY nurathirah ON Tuesday 3 February 2015 @ 08:16
back | all rights reserved desiree 2012 | forth