homePROFILECREDITStumblrtwitterfollow
Aku ke mana?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh ya 'ibadullah ! heheehe kata dah.. ce tengok tarikh last hapdate bila? wakakaka aku rasa memang spesis hangat-hangat tahi ayam aa dia cam semangat nak tulis blog tu jap je ada pastu lepas tu dia macam makin lama makin memudar. Pudar bak cintamu oh oh.okay. Bukan taknak tulis tapi kekangan masa yang mengekang daku dan jari jemariku dan penaku dari mula mencoret di blog ini. fuh. Benda apa yang aku buat sampai ada kekangan masa pun tak tau. Ish, time management teruk! (p/s: atau keberkatan masa yang tiada? jeng jeng jeng) 
Apapuuuun ayuh kembali ke topik asal. Kau tahu rasa dia apa bila adik hang dah nak masuk asrama? Rasa dia macam fuh sedih. Tapi katakanlah one fine day jumpa blog aku ni, confirm punyalah confirm dia gelak guling-guling. Pasaipa?
"Kak Thirah (ni kalau dia sebut lelaju jadi kak tah kak tah kak tah) nanti masa adik takde mesti kak thirah rindu kan?"
"takdenye"(nampak tk egois banget)
"Eleh yelah tu. Nanti adik dah pergi asrama mesti kak thirah masuk bilik kak thirah nangis"
"takdenye" *muka selamba habis*
"Yekeee nanti mesti Kak Thirah teringat adik adik buat apa lah kat sana nanti"
"eww jiwangnya. takdenye. entah-entah awak yang nangis huhuhu memalam rindu mak ayah"
konon hati sado lah tu hahhahaa takpelah kita tengoklah nanti cana masa hantar tah sado ke tak hatiku yang serba rapuh bak daun mapel ini.Aduhai serius siapa tk sedih. Depan dia bolehlah acah-acah gitchew nanti masa nak hantar nanti confirm nangis ceeeit gagah konon. (But i really think that crying isnt a sign of weakness. Don't ya think liddat too? Nvm will discuss about this later)
Haih. Kalau kau tanya,
 
Sedih tak? 
Sedih. 
Sedih? 
Sedih.

Kau bayangkan, i have three siblings, satu kakak, satu adik lelaki. And most of the time kakak dekat universiti (obv jauh tahap maksima dia punya uni, overriver kehkeh dekat penang nuuuun) so dia jarang balik lah kan. I mean balik masa study week and all. And aku spend masa kat rumah dengan adik, ayah, mak. Kalau adik takde,

Mana kawan spar aku
Mana kawan ejek aku
Mana kawan nak layan aku tengok variety shows
Mana mana mana
Mana kawan nak kejut aku bangun tidur
Mana kawan nak berlumba dengan aku
Mana kawan yang sanggup makan masakan aku kehkeh

Haih, it's for his own good right? No matter how bad i wanna hold him back here with me maybe even go to school togeda geda with me but sometimes we just have to let go? yep. 

Lek lah makcik cengeng, dia gi sana nak study kut nak hafaz, nanti dua tiga bulan baliklah. Ayuh, tabahkan hati. Lahai cengeng sekejap je (eh? yeke?) Aku rasa dalam kereta nanti mak atau ayah mesti cakap camni:

"Tulaah masa adik ada duk gaduh je ni bila adik dah masuk asrama nangis kemain"

Idk why but tbh aku dengan dia selalu bergaduh bak anjing dan kucing, bak tom and jerry, hahaaha anywhere anytime anyhow and segala macam jenis variable. But not gaduh-gaduh WWE gaduh-gaduh manja aa gitchew (konon) BUT masa masa dia dah nak pi asrama nilah macam baik je eh hahahah stay up sesama tengok variety shows sesama tengok movie sesama. Pelik bin ajaib.
* * *
"Adik, adik nak gi rumah mama tak harini?"
aku sahut dari tempat duduk belakang "Naaaaak"

so kiterang pun gi rumah mama. Mama ni babysitter kiterang. Mak kata mak hantar kiterang ever since mak habis pantang so kira lama gak aa. Semua adik-beradik kiterang, dia yang jaga. And adik aku paling last dia jaga. Aku dah tak duduk rumah dia lepas darjah enam. And agak lama juga aku dah tak bersembang, agak jarang, kalau ada pun masa nak temankan mak ambik adik dekat rumah babysitter. tu pun sekejap yang amat.

Mama ni, mak kata kiranya macam mak angkat. Masa aku jatuh longkang (hahhahhaha aku dak lasak :p) aku kamceng dengan anak dia , aku kata 
"Awak jangan cakap kita jatuh longkang tau, awak cakap kita just terjatuh".
 Ceit , nak nipu tak agak dah tentu-tentu kepala berdarah kena jahit takkan jatuh gitu-gitu je ye dak? So lepas jatuh longkang tu aku jalan lah menapak balik ke rumah mama. Mama dah panik lah kan sapa tak panik anak orang camtu hahahhaha aduhai mama bentangkan toto (tilam/lembek or wtv name u call it) suruh baring the other side of head (kahkahkah grammar terabuq). Luka tu kena jahit tiga ke empat tak silap hahaahah haish siapa suruh?

Pastu masa sekolah rendah, aku dapat macam kiranya terpilih aa untuk pi camping en (acah-acah jenis budak yang aktif aa ni). Aku cakap dengan mama oh no tak biasanya surat tu mama jumpa mama akan tanya bila semua kan. Mama sekepala dengan aku hahaha dia try nak convincekan mak aku supaya membenarkan aku untuk ke perkhemahan itu (skema betul ayat!). 
Malangnya apakan daya, mak sudah bertekad untuk tidak membenarkan aku pergi maka tidak bolehlah, Sekalipun mama yang pujuk sekalipun aku buat surat penuh dengan ayat jiwang lalu letakkan di bawah bantal, sekalipun kakak dan adik aku try nak convincekan. TETAP TAK BOLEH. Tapi takpelah at least mama try hahahha pass sikit ma.

Kalau duduk dekat rumah mama, aku paaaaaaaaling suka sup ayam mama dengan sambal kicap. PALING FAV ! And masa kat sekolah kebangsaan aku duk terfikir 
"Harap-haraplah mama masak sup ayam harini" dan tup tup balik bau sup ayam itu sudah dapat ku hidu aaaaahh nikmatnya! Pastu kalau kelam-kabut nak pi sekolah agama, mama suapkan aku makanan sekali dengan anak dia sambil kiterang siap-siap. Mama kata,
 "Nanti dah besar, dah berjaya, jangan lupa mama ni suapkan awak"Tak. Dia bukan mengungkit. I get it.
And tadi jumpa dia idk for maybe the last time?  Jumpa lagi kalau umur panjang. InshaaAllah aku datang ! Mama peluk dengan mak. Mak kata "Terima kasih, iza jaga anak-anak kita" Mak peluk dengan mama kuat-kuat. My eyes went teary at that time even at this moment when i was typing this. 
Paham tak rasa dia camna? Sebelum gi sekolah agama mama selalu kata "Athirah, jangan kejar bas eh mama namoak ni haa" . Oh ye last time tu sebab adik aku dah tak duduk rumah dia, so yep.
Fi hifzillah mama, semoga Allah limpahkan rahmat, hidayah, berkat ke atas mama dan keluarga mama, semoga Allah aturkan apa-apa sahaja yang terbaik buat diri mama, agama, dan keluarga mama. InshaaAllah, Jazakumullah khairan kathira.
* * *
Aku terfikir gak lepas habis f5, who will be staying at home dengan mak, ayah. Siapa nak tolong uruskan house chores? Siapa yang temankan dorang? Aku jadi sedih bila fikir macam tu. Aku ke mana selepas ni? Katakanlah, aku dapat belajar kat luar negara (amin, inshaAllah), siapa nak temankan dorang? Allahu, terlintas sebentar dalam minda, Allah jagakan mereka. Mereka sentiasa berada dalam jagaan Allah yang Maha Berkuasa inshaaAllah

Kita bazirkan hari demi hari, saat demi saat, detik demi detik, thinking that we'll get the same chance for the next time untuk berbakti pada kedua ibu bapa kita, untuk berbuat baik sesama manusia, untuk beramal dengan sebaik-baik amal kepada Pencipta, sampailah pada satu hari, pada saat kita sangka kita masih akan mendapat satu lagi peluang, kita telah dijemput pulang tanpa kita sempat lakukan apa yang seharusnya kita lakukan. 

"Remember, Allah blessed each of us with this day for a reason. Find that reason and live your day for it"

Adik, jaga diri, jaga akhlak, moga dipermudahkan segala urusan adik, moga dikuatkan ingata, moga Allah aturkan apa-apa yang terbaik untuk adik, agama adik, dan keluarga adik. 

I leave you in the care of Allah, as nothing is lost in His care. 
Sobs, it's for his own sake,untuk kebaikan ummah ini, untuk kebaikan semua inshaaAllah

Fi hifzillah
Salam 'Alaykum.
(p/s: Ramadhan ni dia dekat asrama lah ye? Huhu)
POSTED BY nurathirah ON Friday 9 January 2015 @ 07:47
back | all rights reserved desiree 2012 | forth