homePROFILECREDITStumblrtwitterfollow
Spana & Tukul? Handy Manny mungkin?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai penduduk dunia yang em yang apa ek yang inshaAllah sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik haa tu dia. InshaaAllah. Hoyak (tolong baca perkataan tu umpama orang yang tengah bertaekwondo like hoyaaaak. Fahimtum?) okay ya Allah aku tak tahu kenapa cuti ni bersemangat nak hupdate blog segala. Baguslah  jugak ye kalau tak naik sekolah kembali bersarang hahahaha. 

Gambar bawah sekali kiri tu bukan tengah marah ye masatu tengah apa nama ni tengah bercakap tapi nampak cam tengah marah so tak boleh buat apa lah en hahaha

Okay. Kisahnya begini hahaha. 

Pada suatu  malam yang hening dek kerana kerja sekolah Math yang banyaaak dan majoritinya ada yang kiterang tak tahu dan tak siap lagi serta dek kerana bimbang keesokan harinya tidak mempunyai kesempatan waktu untuk menyiapkannya maka Boboi, aka Nur Syafinaz hahahah telah mengambil inisiatif yang pragmatik dengan menubuhkan satu grup whatsapp bertajuk Spana & Tukul.

Haa dari situlah dapat nama Spana dan Tukul untuk kami gegirl enam orang ini heheehe

Tapi

Sebab musabab di sebalik nama itu is yet to be found.

Hipotesis aku...... Mungkin kerana.......

Spana tu gunakan untuk ketatkan skru kan. So spana tu sebab dia nak fixkan skru-skru sampingan di hati yang kadang tercabut kadang longgar kadang berkarat. Em dapat tak metafora tu? Kiranya macam nak fix lah lebih kurang centulah *pasang lagu fix you coldplay pls*

Skru yang tercabut tu digantikan balik dengan skru baru

Yang longgar diketatkan

Yang berkarat digilapkan

Untuk tukul pulak.... Apa ek hipotesis yang nampak relevan sikit hahahah aduhai 

Kalau benda yang selalu ditukulkan, sebab dia dah selalu kan so kira macam alah bisa tegal biasa, bila dah selalu diketuk, dia jadi sado *letak emoji ws yang bicep tu*

No no sado bukan maksudnya hati jadi keras . Tabah. Iye tabah. Kita, manusia selalu ingat yang in order for us to survive we must keraskan hati.  Yasmin Mogahed kata aaaaapa? Dia kata:

"But the hardened heart is the most distant from ALLAH. So by hardening the heart, you aren't protecting yourself. You're killing yourself. The heart that's alive is by definition entirely soft, fragile, and vulnerable. It is by definition breakable. That's why we are taught to surround it with layers upon layers of protection. Remembrance of God works to protect the heart while at the same time softening it. And the more we remember Him, the more protection we build for a softer and softer heart"


And.... start dari malam tu hahahha grup spana dan tukul ni selalu riuhlah. with its randomness, with things yang kadang maybe it looks insignificant to other people but nope it doesnt, for us, at least. 

Bayangkan, satu topik yang kecik contoh topi boleh bercambah cambah cambah jadi benda yang best. Ahhhh 

Dah siap bincang dahpun sebenarnya hahahha nak travel sesama kahwin nanti camne anak setiap sorang nanti macam mana dan macam macaaaam lagi. Wah betapa berwawasannya kami ini. Biasalah perempuan kan. Tapi rasanya lelaki pun ada kehendak keinginan nak pi melancong sesama dengan geng geng. sama jelah pun konsepnya ceh haahhaha.

Okay.

Guess what? Time really has its own ability to let us know, determine which one really matter. Well, time does this thing too, called, changing people. it does.

Each one of us fear these things:

what if we lose contact with each other?
what if our plan to travel together....it doesnt work the way we want it to be
what if 
what if....?

Orang yang berkawan rapat selama tiga tahun lalu dipisahkan pada setahun yang seterusnya apabila berjumpa, mereka berjumpa sesama mereka ibarat orang asing. Menakutkan kan? Sebab bila hati dah get attached to people for a certain time then bila dah tak sama, dah tak sealiran, dah tak sehaluan, poof, yang tiga tahun tu bak angin lalu. Fuh cukup deep tak ni? Hahahaha. Alangkan dalam tiga tahun itu sudah ada yang mempunyai aliran sendiri apatah lagi apabila masing masing mulai mengorak haluan masing masing. Alahai bermadah pujangga pula kau ini hahhaaha.

Moga taklah begitu. 
Moga bila jumpa tahun depan pun bertepuk tampar masih sama.
Gurauan itu masih tidak pudar unsur kecindannya. 
Moga apabila bertegur tiada rasa janggal yang bertapak dalam hati.
Moga. 
Moga sahaja.
Dan moga grup Spana & Tukul tu terus bernyawa hahhaha deepnya malam ini. Efek muzik retro barangkali?


Apa-apa pun, apa-apa pun yang terjadi atau bakal terjadi, sifat redha tu kena ada kan? Kita rancang grand mana pun Allah yang tentukan. And He is indeed the best of planners. And mesti MESTI ada hikmah apa apa pun yang berlaku. Cuma kadang kita tak nampak hikmah tu dek dipengaruhi emosi. Mungkin? Atau faktor lain yang aku sendiri pun tak tahu. Hahhaaha. Aku pegang konsep ni jelah, every moment, each people that we have in our life, just cherish it, make the best of it with them sebab kita tak tau bila last detik ke saat ke hari ke orang tu atau detik tu ada. Tak gitu? 

Dan, ingatlah, bila kita ada luka bila kita terjatuh, mengadulah pada Dia. Iye, manusia ada, kita boleh mengadu pada mereka tapi nak yang puas, nak hati rasa puas, mengadulah pada Dia. Kadang bila dah mengadu pada manusia pun masih rasa kurang senang, rasa gelisah. Sebab apa?

"The only One who can truly satisfy the human heart is the One who made it"


Ukhuwwah fillah inshaaAllah.

Fi hifzillah

Salam 'Alaykum.



POSTED BY nurathirah ON Tuesday 2 December 2014 @ 08:06
back | all rights reserved desiree 2012 | forth