homePROFILECREDITStumblrtwitterfollow
Lawatan Field Trip not really field trip but idk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hoya hahahhahah hoya? Apakah? Sungguh daku tidak mengerti. Hehehehe hari ini tetina tergerak hatiku yang mulus (eh?) untuk kembali mencoret pena yang sudah lama tidak tercoret hahahah. Aduhai hidup sebagai seorang pelajar memang agak...hectic...iya. Hmmm. Cane ni hahaha kalau nak ambik medic mesti lagi hectic plus frantic. aduhai, moga diberikan kekuatan

Hokay haiyak. Kita nak cerita pasal apa iye?

Okay ayuh bercerita mengenai lawatan ke mana ni..oh ye apa nama ni haa oh ye UPM dan MMU.

Okay lawatan tu haha part nak minta kebenaran mak tu nak pi lawatan tu fuh kompleks hahaha. Bersungguh convincekan mak lawatan ni dapat pergi UPM dapat tengok Fakulti Perubatan pastu takyah bayar sebab duit SBT tu sponsor hahhaa Alhamdulillah mak bagilah jugak pergi. fuh *kesat peluh kat dahi*

Okay sambung. Hmm so idk this is boring for you but nope for me bcs aaahhhh the memoriess. Okay lets continue. Em so kiterang kena kumpul dekat sekolah pukul 4 pagi. Bayangkan camna berdenyut tak denyut kepala hang sebab tidur lambat pastu kena bangun pukul 4. Ya Allah...the struggle hahhaha. Ada tu kawan yang tak tidur then dalam bas pun tak tidur and pagi tu energetic kemain. Mana dia dapat energy ahhahaha

Okay then stop kat r&r semua blabla tidur lagi dengar lagu berbual tidur poof sampai hahhaaha.

Okay can we just skip the part that we all had to sit in the lecture hall if im not mistaken to hear the explanation abt each faculty (faculty of food technology and few more ). No no it was really fine and i had fun i mean i like to hear them explaining its fun rly hahahha.

Haa nampak tak tahap keseronokannya tu. Ya Allah serius best hahahah tak tipu ni masa ni dorang baru kiranya cam waktu rehat aa

Okay then here is the best part. (Ku lihat setiap perenggan itu ku mulai dgn okay hahahhahah nampak noh takda bakat nak menulis but wtv)

Petang mcm tu kiterang singgah dekat rumah teres kawan. Mak dia sediakan minum petang dgn makan malam sekaliguih. Haaaaa kat sini kita dapat lihat ye wanita wanita sekalian ada yang berkejaran dari dapur ke ruang tamu ada yang duduk bersimpuh berbual di ruang tamu. Kaum lelaki seperti biasa di hadapan lah hahaha dekat bahagian luar rumah. Sedap ayam dia dengan kek batik. Em dapnye. okay.

Lepastu dah sudah makan sampai dekat tempat menginap kiterang !!!! Tapi menginap kejap je. Semalam sahaja sobs. But guess what hahaha Alhamdulillah berkat kesabaran tunggu turn nak dapat bilik itu ceh hahhaha kiterang gegirl yang 10 orang tk silap dapat satu rumah tapi bukan exactly rumah lah its like bilik but it has a lot more of bilik dalam tu. U get me? Okay dalam tu ada satu dua tiga empat lima....lima bilik each with bathroom. Dua org dalam satu bilik, ada yang tiga (sebab bilik dia paling besar), ada yang satu (yang ni takde org ambik sebab dia paling belakang so its actually a lil bit scary?? idk)

Aku seperti biasa dengan teman sedarjahku setingkatanku sekelasku Nur Hafizah wohoooo hehehe kecik pun tkpa sebab bersih. Yg oenting bersih kekeke.

Pastu malam tu kiterang pergi I-City. First time wooo pergi. Daku ingatkan ada ice skating ke haahha dekat I-City tu rupanya tarak, Takpelah just follow the flow bedal je main apa yg ada kat situ ek
Okay hahahah masa dalam ni sejuk subhanAllah takyah cerita beku kebas tangan tak rasa apa hahahha tapi em bolehlah agak bestlah main those slide semua. Release tension ek al-maklum baru lepas mid-year masa ni hahaahah so yep.

 Okay sambung cerita (p/s: okay lagi aduhai) em malam tu ingatkan nak terus melelapkan diri bila dah langsai solat Isya' jamak semua en al-maklum dah penat jadi kanak-kanak seharian di I-City tu kan hahahah. Tapi hasrat paus (aku) yang ingin mendamparkan diri kerana kepenatan tidak tercapai kerana godaan untuk bermain kad UNO hahahha ada yang ngajak so tinggal join jalah ek.

Kiterang pun dah siap siap solat semua tukar baju makan (makan lambat, kesan sampingan; gemuk) pun pergi bilik yang penghuninya ada tiga orang fuh hahahha dengan ada yang pakai yang atas kepalanya yang liplap lip lap tu ada yang pegang tongkat bentuk bintang kiterang pun main snap (nampak tak tiada kerelevenan antara tongkat mahupun benda atas kepala dengan kad UNO) . Main snap main UNO semua ada ketawa jangan cerita ya Allah gamat malam tu. Dah malam eh silap pagi buta camtu duk main snap segala ya Allah best serius best . Rasa macam tak cukup a night stay kat situ. Serius.

Pastu besok bangun Subuh  kemain liat umpama ada tarikan magnet untuk terus kekal di katil namun kugagahkan diri. Bangun muka semua agak yelah ek bayangkan muka camna hahahah pastu siap siap kemas beg berkumpul dekat rumah utama breakfast. Sedap nescafe dia eh teh tarik dia emmm.






Ah, despite the lackness of our sleep (grammar terabuq baq hang) pagi yang kami lalui begitu ceria, Geng geng sebilik aa ni ada yang tk masuk frame hahahah


Okay lepastu kiterang pi MMU pulaaaaaak wohoo tengok animasi and kinda programming computer mende alah so agak kurang minat tapi takpelah ilmu kan haa hahhaha. Pastu balik. Masa balik singgah kat r&r makan baskin robbin. Sedap ummm.

Haa agak agak ada macam gaya ahli parlimen kah? Hahahahhah takde takde jangan risau. Tapi yang bestnye kat sini duduk camni and then kalau nk cakap just tekan butang kat mic tu. Wuish tahap kejakunan toksah cerita. Umpama rusa masuk kampung

Ada lah ni kut bakal-bakal ahli parlimen hahahha. InshaaAllah







Ni agak best ye hahahhah menarik dia tutup lampu tk silap or bukak tv just sentuh kat image tu coooooolio serius hahahha nama tempat ni tk igt apa tsk

Part yang tak best ialah.....balik sekolah kena tulis report. tsk tsk tsk aigooo

Oh ye input yang aku dapat antaranya apa nama ni haa untuk UPM kalau nak masuk laluan pantas dia tengok result trial pastu kena ambik kursus pertanian apa ek tak berapa ingat nama dia tapi ada kene ngene dengan pertanian. Tapi jangan risau. Sekejap je pun. Jangan fikir sebab tak best tu sebab dia tk kena dengan course yang kita  nak ambik tapi setkan dalam minda sebab kita nak belajar, nak teroka benda baru.

Tapi untuk yang nak berhajat nak ambik medic rasanya takda laluan pantas kut tak ingat. Nak confirmation boleh pi layari website. Hehehe . Adios, Assalamualaikum :) 

Fi hifzillah.









POSTED BY nurathirah ON Monday 1 December 2014 @ 08:46
back | all rights reserved desiree 2012 | forth